Malaysia, sejak tahun 2001 sehingga kini, telah mengalami tiga kali peningkatan had umur persaraan bagi penjawat awam iaitu bermula dari 55 kepada 56 tahun, kemudian pada tahun 2008 meningkat kepada 58 tahun dan yang terakhir meningkat kepada 60 tahun pada 2012.
26 Ogos yang lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Malaysian Trades Union Congress - MTUC) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan had umur persaraan mandatori kepada 65 tahun di samping menetapkan elaun kos sara hidup (Cola) kepada minimum RM500 sebulan untuk dimasukkan dalam pembentangan Bajet 2020 tidak lama lagi.
Usul ini mendapat respon positif malah banyak juga kritikan dilontarkan pelbagai pihak termasuklah Menteri Belia dan Sukan sendiri, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan cadangan tersebut adalah tidak tepat memandangkan peratusan kadar pengangguran di negara ini yang jauh lebih tinggi berbanding negara-negara maju lain yang mengarah kepada peningkatan had umur tersebut.
Sudah semestinya, peningkatan had umur persaraan ini memberi impak besar kepada pelbagai aspek sama ada yang terkait dengan pekerja itu sendiri, organisasi-organisasi, masyarakat khususnya pencari kerja di kalangan anak muda serta para graduan dan juga kerajaan.
Bekalan Ekonomi Pesara
Pada peringkat individu iaitu pekerja, ianya memberi kesan dari sudut ekonomi, produktiviti dan juga ruang privasi mereka dalam menjalani usia yang masih berbaki.
Membicarakan tentang tahap ekonomi pekerja, ianya membabitkan persediaan kewangan selepas persaraan, kebolehan survival dalam menguruskan peningkatan kos sara hidup dan perlindungan kewangan ketika ditimpa sakit atau musibah.
Mengikut statistik pada Mac 2018 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hampir separuh daripada pencarum yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan hanya sekitar RM31000 dan kebanyakan mereka merupakan ahli tidak aktif. Jabatan Perangkaan Malaysia pula telah mendedahkan purata jangka hayat penduduk negara ini kian meningkat daripada 72.2 tahun pada 2000 melonjak kepada 74.7 tahun pada 2016.
Hal ini amat membimbangkan terutamanya bagi pekerja sektor swasta kerana sekiranya mereka bersara pada umur 60 tahun, mampukah mereka meneruskan kehidupan dengan hanya berbekalkan kurang RM300 sebulan sebelum mencapai umur 74.7 tahun?
Hal ini juga berkait rapat dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun. Ketidakselarian peningkatan tangga gaji yang perlahan dengan kadar lonjakan kos sara hidup mengakibatkan pesara-pesara ini terpaksa meletakkan pergantungan yang tinggi kepada anak-anak. Itupun jika talian hayat itu mampu dan bertanggungjawab terhadap orang tuanya.
Apa yang membimbangkan, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), satu daripada 10 warga emas diabaikan anak dan ahli keluarga walaupun tinggal serumah. Jika ini berlaku, maka pesara-pesara ini terpaksa mengikat perut dan mencatu keperluan seharian dalam menghabiskan sisa-sisa usia mereka.
Begitu juga dengan keperluan perubatan. Kebanyakan syarikat-syarikat insuran luar meletakkan premium bulanan yang sangat tinggi bagi pencarum baru di kalangan mereka yang sudah berusia. Ini membantutkan kemampuan mereka dalam membuat income protection jika apa-apa musibah berlaku selepas persaraan. Oleh sebab itu, mereka terpaksa meletakkan pergantungan yang tinggi kepada insuran sedia ada yang ditawarkan oleh jabatan serta majikan tempat mereka bekerja. Namun insuran tersebut hanya diberikan selagimana mereka masih dalam perkhidmatan.
Inflasi terhadap barangan kesihatan yang meningkat lebih 12 peratus setahun dan populasi Malaysia yang semakin menua meruncingkan lagi keadaan. Klinik dan hospital kerajaan menanggung bebanan dari segi jumlah pesakit yang semakin meningkat dan juga bajet yang tidak mencukupi. Justeru ini memungkinkan pemberian subsidi perubatan pada masa akan datang akan dikurangkan sedikit demi sedikit dan pergantungan kepada insuran akan meningkat.
Maka dengan peningkatan umur persaraan ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap ekonomi seseorang pekerja khususnya apabila mereka telah bersara, tetapi juga dapat memberi perlindungan kewangan yang lebih lama sekiranya mereka sakit dan ditimpa musibah. Ia juga dapat merapatkan lagi jurang antara umur bersara dan purata jangka hayat penduduk Malaysia. Ini penting bagi mengurangkan risiko ketidakupayaan bekalan ekonomi mereka dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Produktiviti Pekerja
Dari sudut produktiviti pula, tidak dapat dinafikan bahawa pekerja tua mempunyai pengalaman yang jauh lebih tinggi berbanding pekerja muda yang baru berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan. Namun begitu, pengalaman yang luas sahaja tidak memadai. Ia harus disertai dengan tenaga dan fokus yang maksima bagi memastikan tahap produktiviti tidak hanya berada pada graf yang mendatar.
Apabila menjelang usia tua, kudrat semakin berkurangan. Sudah pasti pekerja tidak dapat memberi sepenuh tumpuan dan mengerah sepenuh tenaga sepertimana yang telah dilakukan ketika usia muda dahulu. Maka ini akan membantutkan produktiviti seseorang pekerja yang secara langsung akan menjejaskan tahap pengeluaran dan perkhidmatan sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
Oleh yang demikian, peningkatan umur persaraan dari sudut pandang ini, nampaknya tidak memberi kesan yang positif dan memberangsangkan.
Ruang Privasi Warga Tua
Setiap orang yang bekerja pasti inginkan ketenangan hidup di usia tua. Dapat melakukan apa sahaja yang tidak berkesempatan dek kerana kepadatan dan kesibukan bekerja ketika usia muda merupakan masa yang amat ditunggu-tunggu.
Apalagi ruang-ruang masa dan tumpuan yang sepatutnya digunakan sehabis baik dalam melayani keluarga yang baru membesar dahulu terpaksa diketepikan seketika demi mencari nafkah untuk mereka.
Begitu juga seharian suntuk yang dihabiskan di pejabat dan tempat kerja menghalang mereka dari bersua muka dengan jiran tetangga dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang menyeronokkan.
Bukan itu sahaja, jadual bekerja yang sarat juga membenamkan keinginan mereka dalam melakukan hobi kesukaan masing-masing. Kestabilan emosi dan psikologi mereka juga kerap kali terganggu kerana stres dengan timbunan kerja yang tidak pernah habis.
Begitupun cabaran yang terpaksa dilalui, jauh di sudut hati mereka pasti mengharap dan menunggu masa persaraan yang akan memberi ruang privasi sebagai ganjaran terhadap penat lelah dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Oleh yang demikian, peningkatan umur persaraan kepada 65 tahun ini pasti akan meremukkan dan menghampakan hasrat hati mereka khususnya pekerja yang sudah mencecah 50-an ke atas kerana terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan ruang privasi kehidupan yang dinanti-nantikan selama ini.
Jabatan dan Organisasi
Lain pula ceritanya apabila dilihat dari perspektif jabatan dan organisasi. Peningkatan umur persaraan ini merupakan satu keuntungan kepada mereka.
Apa tidaknya, tenaga-tenaga pekerja berkemahiran dan berpengalaman masih dapat diperah dan digunakan lagi. Lanjutan lima tahun itu merupakan satu jangka masa yang cukup panjang untuk meningkatkan penjimatan kos pengurusan sumber manusia.
Dalam tempoh ini, mereka tidak perlu membawa masuk pekerja-pekerja baru yang rata-ratanya tidak mempunyai skil yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
Jika sebelum ini jabatan dan organisasi terpaksa membelanjakan sejumlah amaun yang besar bagi mengasah kemahiran dan menyediakan latihan secukupnya kepada pekerja-pekerja baru, maka kali ini ia tidak diperlukan lagi atau sekurang-kurangnya dapat dikecilkan skala perbelanjaan tersebut kepada tahap yang paling minima.
Pencari Kerja di Kalangan Anak Muda dan Graduan
Berdasarkan laman web Statista.com, statistik terkini pengangguran di kalangan anak muda sehingga tahun 2018 adalah 11.18 peratus iaitu antara yang paling tinggi sejak 10 tahun yang lalu.
Walaupun peratus pengangguran keseluruhan di negara ini masih di antara yang terbaik di rantau Asia iaitu pada paras 3.3 peratus, namun apa yang membimbangkan adalah kadar pengangguran di kalangan anak muda melonjak tiga kali ganda dari peratusan tersebut. Ianya juga adalah lebih tinggi daripada Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina dan India.
Para graduan khususnya yang datang daripada keluarga miskin dan golongan B40 yang mengimpikan tempat di sektor kerajaan dengan harapan dapat mengubah nasib keluarga mereka pasti sangat terkesan dengan peningkatan umur persaraan ini.

Lambakan graduan yang sedang beratur menunggu giliran di gerbang-gerbang perkhidmatan awam seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri dan seumpamanya terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk dipilih, malah peluang tersebut semakin menguncup.
Sudahlah ruang kerjaya peringkat profesional yang sepatutnya diisi oleh graduan yang berkelayakkan amat terhad, ditambah pula dengan lanjutan umur bersara, sudah semestinya meningkatkan lagi lambakan graduan yang menganggur.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung. Lebih malang lagi kebanyakan dari mereka adalah dari keluarga yang miskin dan golongan B40.
Peningkatan had umur persaraan tersebut bukan sahaja akan melambatkan lagi proses kenaikan pangkat dan tangga gaji pekerja sedia ada, malah ia secara langsung menutup peluang-peluang pekerjaan bagi belia dan siswazah dalam tempoh yang panjang.
Lebih membimbangkan lagi, negara sedang memasuki Revolusi Perindustrian 4.0. Umum mengetahui revolusi ini berteraskan sistem automasi dan pengkomputeran yang lebih meluas. Hal ini menyebabkan pergantungan sektor perindustrian dan perkhidmatan kepada sumber tenaga manusia semakin berkurangan. Revolusi ini seperti dalam kenyataan Menteri Sumber Manusia, YB M Kulasegaran, akan menjejaskan antara 11 hingga 54 peratus tenaga kerja buruh manusia di Malaysia dalam dua dekad akan datang.
Akhirnya, segulung ijazah dan transkrip yang diterima hasil daripada penat lelah belajar, tidak lebih dari sekadar lembaran-lembaran kertas yang tidak mampu menjanjikan peluang pekerjaan setimpal. Tidak hanya sekadar itu, ia akan membabitkan kemerosotan statistik siswazah yang dilahirkan pada masa akan datang kerana mereka menyedari, bahawasanya pengajian tinggi tidak menjanjikan apa-apa pulangan yang lumayan.
Maka jelaslah dari kaca mata golongan belia dan siswazah, peningkatan umur persaraan ini amat tidak wajar kerana ianya tidak lain hanya menjadikan masa depan mereka dalam dunia pekerjaan semakin kabur dan kelam.
Dasar dan Kepentingan Kerajaan
Melihat kepada dasar kerajaan hari ini yang melibatkan Kementerian Sumber Manusia, kerajaan berhasrat untuk melahirkan sejuta peluang pekerjaan yang berpendapatan RM2,500 sebulan dalam masa lima tahun. Berdasarkan data suku tahunan yang dikeluarkan oleh DOSM, sejak Mei 2018 sehingga Mac lepas, sebanyak 243,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan. Sekiranya peningkatan umur bersara ini diterima pakai, dikhuatiri ia akan menjejaskan jumlah peluang pekerjaan khususnya dalam masa empat tahun yang mendatang.
Berdasarkan Tinjauan Ekonomi 2019 oleh Kementerian Kewangan tahun lepas, populasi warga tua yang berumur 65 tahun ke atas dijangka meningkat dari 6.3 peratus kepada 7.0 peratus pada tahun 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai negara menua. Penuaan ini memberi kesan kepada kurangnya produktiviti dan penyertaan tenaga buruh. Begitu juga kos perbelanjaan awam melalui pencen akan meningkat. Ini akan membebankan kedudukan fiskal kerajaan kerana sistem pencen sekarang adalah pembayaran tanpa caruman (pay-as-you-go). Oleh yang demikian, peningkatan umur pencen ini dilihat sebagai satu inisiatif yang baik selari dengan matlamat untuk mengukuhkan kembali kedudukan fiskal kerajaan dalam jangka masa panjang.
Begitu juga peningkatan umur persaraan ini secara tidak langsung membantu usaha kerajaan dalam menerapkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030). Dasar yang digubal kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan ini menampakkan hasrat tinggi kerajaan yang ingin masyarakat Malaysia seramai mungkin menceburi bidang ini. Berkait dengan kesan peningkatan umur persaraan ini, sedikit sebanyak akan menjadikan masyarakat beralih daripada kepada bidang keusahawanan kerana ianya dilihat lebih memberi keuntungan kepada mereka.
Kesimpulan
Baik buruk bersara umur 65 tahun ini perlu dinilai dari sudut pandang yang berbeza-beza. Apa yang penting, dalam menghadapi apa jua kemungkinan usul ini diluluskan atau tidak, bakal-bakal pesara yang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta perlu bersiap siaga dari segi kestabilan bekalan ekonomi selepas persaraan.
Begitu juga golongan belia dan graduan yang masih menganggur perlu mencari inisiatif lain menghasilkan duit agar sekurang-kurangnya mereka tidak hanya termenung dan goyang kaki sahaja sementara menunggu peluang pekerjaan yang tidak pasti ada atau tidak itu datang.
Sebagai kerajaan yang perihatin kepada rakyat pula harus menerapkan dasar tersebut dengan mengambil kira juga faktor kesejahteraan psikologi dan emosi rakyat khususnya pekerja yang hampir bersara. Lanjutan umur persaraan yang mendadak ini perlu dinilai semula dari segi tempoh masa tersebut dan kesannya kepada pekerja yang masa bersaranya tinggal satu ke tiga tahun sahaja lagi.
Akhirnya, apa jua keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet mengenai cadangan ini nanti perlu disertai dengan inisiatif lain bagi menutup kelompongan yang ada kesan daripada penerimaan atau penolakan cadangan MTUC ini.

No comments:
Post a Comment