بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ الْأَمِينِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Penulis akan membawakan jawapan daripada ulama' mazhab empat dan yang selainnya in syaa Allah.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman Agama kepada kita.
Juga berdasarkan hadith:
Ta'awwuz dibaca sebelum qiraah pada rakaat pertama dalam qaul Abu Hanifah (150h) dan Muhammad (189h) kerana ianya mengikuti qiraah[7], adapun bagi Abu Yusuf (182h), ta'awwuz dibaca selepas thina' al-iftitah kerana ia mengikuti thina'.
Ta'awwuz tidak dibaca selepas qiraah seperti pendapat ulama' zahiri. Hal ini dicontohkan dalam hadith al-ifk seperti yang dinukilkan Al-Sarkhasi (490h):
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ لَمَّا كَشَفَ الرِّدَاءَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، إِنَّ ٱلَّذِینَ جَاۤءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةࣱ مِّنكُمۡۚ
Bahawa Nabi ﷺ ketika menyingkap rida' daripada wajahnya lalu Baginda bersabda: (Baginda membaca ta'awwuz dan ayat 11 daripada Surah Al-Nur)[5][6]
Adapun bagi makmum, tidak disunnahkan berta'awwuz kerana dia perlu diam dan dengar bacaan imam. Berdasarkan firman Allah ﷻ:
وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
أَسْتَعِيذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Ta'awwuz (تَعَوُّذٌ) atau isti'azah (اسْتِعَاذَةٌ) bermaksud memohon perlindungan Allah ﷻ. Ada beberapa lafaz ta'awwuz dan yang paling masyhur adalah:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Skop perbahasan ini memfokuskan perbincangan berkaitan membaca ta'awwuz dalam solat.
Beberapa persoalan yang terangkum dalam perbahasan ini adalah:
- Apakah hukum membaca ta'awwuz?
- Bilakah ta'awwuz dibaca?
- Adakah ta'awwuz dikuatkan atau diperlahankan?
- Apakah sighah (bentuk) lafaz ta'awwuz yang dipilih?
Penulis akan membawakan jawapan daripada ulama' mazhab empat dan yang selainnya in syaa Allah.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman Agama kepada kita.
1. MAZHAB HANAFI
Menurut Mazhab Hanafi, ta'awwuz tidak wajib. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Ijma' salaf, maka mereka telah bersepakat bahawa ianya sunnah[12].
Oleh itu, hukum membaca ta'awwuz adalah sunnah bagi imam dan orang yang solat bersendirian[1]. Berdasarkan firman Allah ﷻ:

فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ ٱلرَّجِیمِ
Maka apabila kamu baca Al-Quran maka mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
(Surah Al-Nahl: 98)
Juga berdasarkan hadith:
أَنَّ أَبَا الدَّرْدَاء قَامَ لِيُصَلِّيَ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، وَمِنَ الشَّيَاطِينِ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ
Bahawa Abu Al-Darda' berdiri untuk solat kemudian Nabi ﷺ bersabda kepadanya: Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam dan daripada syaitan-syaitan manusia dan jin[2]
Ta'awwuz dibaca sebelum qiraah pada rakaat pertama dalam qaul Abu Hanifah (150h) dan Muhammad (189h) kerana ianya mengikuti qiraah[7], adapun bagi Abu Yusuf (182h), ta'awwuz dibaca selepas thina' al-iftitah kerana ia mengikuti thina'.
Ta'awwuz tidak dibaca selepas qiraah seperti pendapat ulama' zahiri. Hal ini dicontohkan dalam hadith al-ifk seperti yang dinukilkan Al-Sarkhasi (490h):
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ لَمَّا كَشَفَ الرِّدَاءَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، إِنَّ ٱلَّذِینَ جَاۤءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةࣱ مِّنكُمۡۚ
Bahawa Nabi ﷺ ketika menyingkap rida' daripada wajahnya lalu Baginda bersabda: (Baginda membaca ta'awwuz dan ayat 11 daripada Surah Al-Nur)[5][6]
Adapun bagi makmum, tidak disunnahkan berta'awwuz kerana dia perlu diam dan dengar bacaan imam. Berdasarkan firman Allah ﷻ:
وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maka apabila dibacakan Al-Quran maka dengarlah kalian kepadanya dan diamlah kalian supaya kalian dirahmati.
(Surah Al-A'raf: 204)
Ta'awwuz perlu diperlahankan berdasarkan hadith Ibnu Mas'ud:
Al-Kasani (587h) juga berhujah:
Kerana (hukum) asal zikir-zikir ini adalah (dibaca) perlahan. Berdasarkan firmanNya Ta'ala:
Ta'awwuz tidak boleh dikuatkan bacaannya[4]. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
أَرْبَعٌ يخْفيهنَّ الْإِمَامُ; وَذَكَرَ مِنْهَا التَّعَوُّذُ
Empat (bacaan) yang diperlahankan imam; dan dia (Ibnu Mas'ud) menyebutkan antaranya adalah ta'awwuz[8].
Empat (bacaan) yang diperlahankan imam; dan dia (Ibnu Mas'ud) menyebutkan antaranya adalah ta'awwuz[8].
Al-Kasani (587h) juga berhujah:
Kerana (hukum) asal zikir-zikir ini adalah (dibaca) perlahan. Berdasarkan firmanNya Ta'ala:
وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِی نَفۡسِكَ تَضَرُّعࣰا وَخِیفَةࣰ
Dan berzikirlah kepada Tuhanmu pada dirimu dalam keadaan merendah diri dan memperlahankan (bacaan)
(Surah Al-A'raf: 205)
Lalu tidak boleh meninggalkan (hukum itu) kecuali disebabkan darurat[9].
Ta'awwuz tidak boleh dikuatkan bacaannya[4]. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Dan sesungguhnya orang yang bersolat itu berta'awwuz (dengan perlahan) pada dirinya sendiri sama ada sebagai imam atau (solat) bersendirian kerana menguatkan ta'awwuz tidak dinaqalkan daripada Rasulullah ﷺ. Dan kalaulah Baginda menguatkannya mesti dinaqalkan hal itu secara terperinci. Dan yang diriwayatkan daripada 'Umar radhiallahuta'ala 'anhu bahawa dia menguatkan ta'awwuz, takwilnya adalah ianya kebetulan tidak disengajakan ataupun disengajakan untuk mengajar orang-orang yang mendengar bahawa orang yang bersolat perlu berta'awwuz sepertimana yang dinaqalkan daripadanya (bahawa dia) menguatkan thana' al-iftitah[3].
Terdapat banyak sighah ta'awwuz seperti yang dinyatakan oleh Al-Sarkhasi (490h)[11] iaitu:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
أَسْتَعِيذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Namun begitu, yang mustahab adalah lafaz: أَسْتَعِيذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ dan أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. Al-Kasani (587h) berhujah:
Kerana lafaz-lafaz yang paling utama adalah apa yang selari dengan Kitab Allah, dan kedua lafaz ini telah wirid dari Kitab Allah Ta'ala dan sepatutnya tidak ditambah ke atasnya (dengan lafaz)
إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ kerana penambahan ini adalah daripada bab thina' dan selepas ta'awwuz adalah tempat qiraah, bukan tempat thina'[10].
2. MAZHAB MALIKI
Menurut Mazhab Maliki, membaca ta'awwuz termasuk perkara yang makruh dalam solat fardhu.[14]
Hujahnya, al-Qadhi 'Abd al-Wahhab (422h) berkata:
Mustahab memulakan al-Fatihah tanpa ta'awwuz sebelumnya, berbeza dengan Abu Hanifah dan al-Syafi'i, berdasarkan sabdanya ﷺ kepada orang yang Baginda mengajarnya (solat):
كَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ
Bertakbirlah kemudian bacalah.
Dan Baginda bersabda kepada Ubai:
كَيْفَ تَقْرَأ إِذَا افْتَتَحْتَ الصَّلَاةَ؟
Bagaimanakah engkau baca apabila engkau membuka solat?
Lalu (Ubai) menjawab:
اللَّهُ أَكْبَرُ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan kerana ianya adalah qaul pemisah antara tahrim dan al-Fatihah maka tidaklah ia menjadi mustahab dalam (solat) fardhu seperti seluruh doa.[13]
Rujukan:
1) Rujuk: Abu 'Abd Allah Muhammad bin Muhammad Al-Kasyghari, Munyah Al-Musolli wa Ghunyah Al-Mubtadi, tahqiq Aminah 'Umar Al-Kharrath, (Damsyiq: Dar Al-Qalam, 2007), 214.
Rujuk: 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' Al-Sanai' fi Tartib Al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 31.
2) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 13.
3) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 13.
4) Muhammad bin Hassan al-Syaibani, Al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 6.
5) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 13.
6) Hadith tersebut didapati dalam Sunan Abi Daud dengan lafaz yang sedikit berbeza. Rujuk: Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy'ats Al-Azdi Al-Sijistani, Sunan Abi Daud, tahqiq Syu'aib Al-Arnauth, jilid 2, (Beirut: Dar Al-Risalah Al-'Ilmiyyah, 2009), 89, no. Hadith: 785. Berkata Abu Daud: Dan hadith ini munkar, telah diriwayatkan hadith ini oleh jemaah daripada Al-Zuhriy, mereka tidak menyebutkan kalam ini seperti syarah ini, dan aku khuatir perintah isti'azah daripadanya adalah kalam Humaid.
7) Rujuk: 'Abd Allah bin Mahmud bin Maudud Al-Musili, Al-Ikhtiyar li Ta'lil Al-Mukhtar, tahqiq Mahmud Abu Daqiqah, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyyah), 50.
8) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 32.
9) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 32.
10) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 32.
11) Rujuk: Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 13.
12) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 13.
13) 'Abd al-Wahhab bin 'Ali bin Nasr al-Baghdadi, al-Isyraf 'ala Nukati Masail al-Khilaf, tahqiq al-Habib bin Tahir, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 1999), 233.
14) Rujuk: Muhammad Sukhal al-Mujjaji, al-Muhazzab min al-Fiqh al-Maliki wa Adillatihi, jilid 1, (Damsyiq: Dar al-Qalam, 2010), 121.

No comments:
Post a Comment