بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Beberapa persoalan yang akan dibahaskan dalam penulisan ini adalah:
- Apakah hukum sujud?
- Anggota wajib ketika sujud?
- Bagaimana kaifiyyah sujud?
- Apakah bacaan dalam sujud?
- Berapa kali bacaan dalam sujud?
- Apakah hukum bacaan dalam sujud?
- Apakah hukum tomakninah dalam sujud?
Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas akan dijawab berdasarkan pandangan imam-imam mazhab.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman agama kepada kita semua.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman agama kepada kita semua.
1. MAZHAB HANAFI
Dalam lingkungan perbahasan Mazhab Hanafi ini, terlebih dahulu perlu diketahui bahawa Mazhab Hanafi membezakan antara hukum fardhu dan hukum wajib.
Secara ringkasnya, hukum fardhu Mazhab Hanafi hampir sama dengan hukum wajib bagi jumhur ulama' dengan maksud jika meninggalkannya akan membatalkan solat.
Begitu juga hukum wajib hampir sama dengan hukum sunnah muakkadah di mana meninggalkannya tidak membatalkan solat tetapi perlu sujud sahwi.
Dalam Mazhab Hanafi, hukum sujud adalah fardhu. Ia adalah termasuk dalam rukun solat. Meninggalkannya membatalkan solat. Hujahnya, Allah ﷻ berfirman:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟
Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah kalian dan sujudlah kalian.
(Surah al-Haj: 77)
Ketiga-tiga imam Hanafiyyah bersepakat bahawa anggota yang fardhu ketika sujud adalah sebahagian muka sahaja. Mereka hanya khilaf dalam menta'yinkan (menetapkan anggota muka tertentu) sama ada dahi atau hidung. Hujahnya, al-Kasani (589h) berkata:
Bahawa perintah yang berkait dengan sujud itu adalah secara mutlak (umum) tanpa menta'yinkan mana-mana anggota, kemudian bertemu ijma' dalam menta'yinkan sebahagian wajah, maka tidak boleh menta'yinkan selainnya. Dan tidak boleh mentaqyidkan (mengkhususkan) kemutlakan al-Kitab dengan khabar wahid[2].
Di sisi Abu Hanifah (150h), anggota yang fardhu adalah mana-mana satu antara dahi ataupun hidung. Begitupun, sekiranya seseorang itu meletakkan dahi sahaja, solatnya sah tanpa makruh tetapi jika hanya meletakkan hidung sahaja, solatnya sah tetapi makruh. Hujahnya, al-Kasani (587h) berkata:
Sesungguhnya yang diperintahkan dengannya adalah sujud secara mutlak (umum) tanpa ta'yin, kemudian dia berdalil dalam menta'yinkan sebahagian muka dengan ijma' antara kami, kerana kami berijma' bahawa apa yang selain muka, dan apa yang selain dua anggota muka ini - bukanlah maksud (sebahagian daripada muka yang perlu diletakkan ketika sujud), dan hidung itu sebahagian daripada muka, seperti dahi, dan tidak ada ijma' dalam menta'yinkan dahi, maka tidak boleh menta'yinkannya. Dan tidak boleh mentaqyidkan (mengkhususkan) kemutlakan al-Kitab dengan khabar wahid, kerana ianya itu (khabar wahid) tidak boleh memansuhkan al-Kitab[1].
Di sisi Abu Yusuf (182h) dan Muhammad (189h) pula, anggota yang fardhu ketika sujud adalah dahi. Hujahnya, al-Kasani (589h) berkata:
Mereka berdua berhujah dengan apa yang diriwayatkan daripada Nabi ﷺ bahawa Baginda bersabda:
مَكِّنْ جَبْهَتَكَ وَأَنْفَكَ مِنَ الْأَرْضِ
Letakkanlah dahimu dan hidungmu di bumi.
Baginda memerintahkan untuk meletakkan kedua-duanya sekali, bagaimanapun jika dia meletakkan dahi sahaja, dikira telah melaksanakannya (sujud), kerana dahi adalah asal dalam bab ini, dan hidung pula adalah tabi' (yang mengikuti), dan tidak ada 'ibrah bagi luputnya tabi' ketika wujudnya asal, dan kerana ianya datang dengan yang lebih banyak, dan yang lebih banyak itu menerima hukum keseluruhan (kulli)[4].
Hadith di atas boleh didapati dalam Sunan Abi Daud[5], Sunan al-Tirmizi[6] dan selainnya dengan lafaz yang berbeza.
Namun ketiga-tiga mereka bersepakat adalah sah solat seseorang sekiranya dia hanya meletakkan hidungnya ketika sujud dalam keadaan uzur serta sepakat bahawa mustahab meletakkan kedua-duanya sekali[7].
Oleh yang demikian, sujud atas anggota lainnya iaitu kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua kaki bukanlah fardhu atau wajib, tetapi adalah sunnah berdasarkan hujah di atas.
Kaifiyyah sujud yang sunnah hukumnya adalah seperti berikut:
1) Meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua telinganya. Dalilnya berdasarkan hadith Wa'il bin Hujr, dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ ﷺ إِذَا سَجَدَ وَضَعَ يَدَيْهِ حِذَاءَ أُذُنَيْهِ
Nabi ﷺ apabila sujud, Baginda meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua telinganya[14].
2) Menghadapkan jari jemari ke arah kiblat. Dalilnya, Nabi ﷺ bersabda:
إِذَا سَجَدَ الْعَبْدُ، سَجَدَ كُلُّ عُضْوٍ مِنْهُ، فَلْيُوَجِّهْ مِنْ أَعْضَائِهِ إِلَى الْقِبْلَةِ مَا اسْتَطَاعَ
Apabila hamba itu sujud, (maka) semua anggotanya bersujud, maka hendaklah dia menghadapkan sebahagian anggota-anggotanya ke arah kiblat kadar yang dia mampu[15].
Apabila hamba itu sujud, (maka) semua anggotanya bersujud, maka hendaklah dia menghadapkan sebahagian anggota-anggotanya ke arah kiblat kadar yang dia mampu[15].
3) Bergantung kepada kedua tapak tangannya. Dalilnya berdasarkan sabda Nabi ﷺ kepada 'Abdullah ibn 'Umar:
إِذَا سَجَدْتَ فَاعْتَمِدْ عَلَى رَاحَتَيْكَ
Apabila kamu bersujud, maka bergantunglah kepada kedua telapak tanganmu[16].
4) Menampakkan kedua ketiaknya. Dalil, sabda Nabi ﷺ kepada Ibnu 'Umar:
وَأَبْدِ ضَبُعَيْكَ
Dan nampakkanlah olehmu akan kedua ketiakmu[17].
5) Lurus dalam sujud dan tidak menghamparkan kedua lengannya. Dalilnya, Nabi ﷺ bersabda:
اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ وَلَا يَفْتَرِشُ أَحَدُكُمْ ذِرَاعَيْهِ افْتِرَاشَ الْكَلْبِ
Luruskan kalian dalam sujud dan janganlah seorang pun dari kalian menghamparkan kedua lengannya seperti hamparan anjing[18].
6) Bagi wanita, mereka perlu merapatkan dan menggabungkan perutnya dengan kedua pehanya dan kedua lengannya yang atas dengan kedua rusuknya. Hujahnya, al-Sarkhasi (490h) berkata:
Bacaan dalam sujud adalah:
Seperti inilah daripada 'Ali radhiallahu ta'ala 'anhu dalam menerangkan sunnah sujud bagi wanita dan kerana binaan keadaannya dalam bentuk menutupi (sitr), maka apa-apa yang menutupi baginya maka ianya adalah lebih utama berdasarkan sabdanya ﷺ:
المَرْأَةُ عَوْرَة مَسْتُورَة
(Wanita itu adalah aurat yang ditutupi)[22]
Bacaan dalam sujud adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
Dalilnya berdasarkan hadith 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani radhiallahu 'anhu, dia berkata:
وَلَمَّا نَزَلَ قَوْلُهُ تَعَالَى: سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى، قَالَ النَّبِيُّ ﷺ: اجْعَلُوهَا فِي سُجُودِكُمْ
Dan ketika turun firmanNya Ta'ala: (Surah al-A'la: 1), Nabi ﷺ bersabda: Jadikanlah ianya dalam sujud-sujud kalian[11].
Ia dibaca sekurang-kurangnya tiga kali[8]. Dalilnya, diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda:
وَمَنْ قَالَ فِي سُجُودِهِ: سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى ثَلَاثًا فَقَدْ تَمَّ سُجُودُهُ وَذَلِكَ أَدْنَاهُ
Dan sesiapa yang membaca dalam sujudnya:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
tiga kali maka telah sempurna sujudnya dan demikian itu adalah yang paling minima[12].
Jika ditambah maka ianya adalah lebih baik kecuali makruh bagi imam memanjangkannya. Hujahnya, Ibnu Maudud al-Musili (683h) berkata:
Disebabkan padanya itu menjadikan para jemaah lari[10].
Hukum bacaan tasbih tersebut adalah sunnah[9], bukannya wajib atau fardhu. Hujahnya, al-Sarkhasi (490h) berkata:
Ketika Rasulullah ﷺ mengajarkan solat kepada seorang Arab Badwi, Baginda tidak menyebutkan kepadanya sesuatu zikir pun di dalam ruku' dan sujud, dan Baginda menerangkan kepadanya mengenai rukun-rukun (solat)[13].
Tomakninah disebut juga sebagai ta'dil al-arkan (تَعْدِيلُ الْأَرْكَانِ). Mazhab Hanafi khilaf dalam masalah ini.
Hukum tomakninah di sisi Abu Yusuf (182h) adalah fardhu. Dalilnya adalah hadith a'rabiy:
حَدِيث الْأَعرَابِيِّ الَّذِي دَخَلَ الْمَسْجِدَ، وَأخف الصَّلَاة فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، فَقَامَ وَصَلَّى وَفَعَلَ فِي الْمَرَّةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَمَا فَعَلَهُ فِي الْمَرَّةِ الْأُولَى، فَقَالَ لَهُ: قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، هَكَذَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَسْتَطِعْ غَيْرَ ذَلِكَ، فَعَلِّمْنِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: إِذَا أَرَدْتَّ الصَّلَاةَ فَتَطَهَّرْ كَمَا أَمَرَكَ اللَّهُ تَعَالَى، وَاسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ، وَقُلْ: اللَّهُ أَكْبَرُ، وَاقْرَأْ مَا مَعَكَ مِنَ الْقُرْءَانِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى يَطْمَئِنَّ كُلُّ عُضْوٍ مِنْكَ ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَسْتَقِيمَ قَائِمًا
Hadith a'rabiy (Arab Badwi) yang masuk ke dalam masjid, dan dia mengurangi (rukun) solat, maka Baginda ﷺ bersabda kepadanya: Bangunlah kemudian solatlah, maka sesungguhnya engkau tidak solat. Lalu dia pun bangun dan solat, ketika kali kedua itu, dia lakukan sepertimana dia lakukannya pada kali pertama, maka Baginda bersabda kepadanya: Bangunlah kemudian solatlah, maka sesungguhnya engkau tidak solat. (Terjadi) seperti ini sebanyak tiga kali. Maka dia pun berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak mampu (melakukan) selain itu, maka ajarkanlah aku. Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepadanya: Apabila kamu hendak solat, maka bersucilah sepertimana yang Allah Ta'ala telah perintahkanmu, dan hadaplah kiblat, dan sebutlah: اللَّهُ أَكْبَرُ, serta bacalah apa yang kamu tahu daripada Al-Quran. Kemudia ruku'lah sehingga tenang semua anggota darimu, kemudian angkatlah kepalamu sehingga kamu tegak berdiri[20].
Hadith seperti ini ada dalam Sahih Al-Bukhari dengan lafaz yang berbeza[21].
Manakala hukum tomakninah di sisi Abu Hanifah (150h) dan Muhammad (189h) pula adalah wajib bukannya fardhu. Hujahnya, Al-Kasani (587h) berkata:
Abu Hanifah dan Muhammad berhujah untuk menafikan kefardhuan (tomakninah) berdasarkan firmanNya Ta'ala:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟
Wahai orang-orang yang beriman, ruku' dan sujudlah kalian.
(Surah Al-Hajj: 77)
(Ayat ini) memerintahkan untuk sujud dan ruku' secara mutlak (umum). Dan ruku' dari segi bahasa adalah membongkok dan condong... Dan adapun hadith a'rabiy itu, maka ia adalah (salah satu daripada hadith) ahad, maka ia tidak boleh menasakhkan Al-Kitab, tetapi ia (hanya) menjadi sebagai penyempurna (rukun), lalu perintah untuk i'tidal (tomakninah) itu membawa maksud wajib.. Sehingga jika dia meninggalkannya kerana terlupa dia wajib sujud sahwi[19].

Rujukan:
1) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 503.
2) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 502.
3) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 503.
4) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 503.
5) Abu Daud Sulaiman bin al-Asy'ats al-Azdi al-Sijistani, Sunan Abi Daud, tahqiq Syu'aib al-Arnauth, jilid 2, (Beirut: Dar al-Risalah al-'Ilmiyyah, 2009), 54, no. Hadith: 734. Sanadnya hasan.
6) Muhammad bin 'Isa al-Tirmizi, al-Jami' al-Kabir, tahqiq Dr Basyar 'Awwad Ma'ruf, jilid , (Beirut: Dar al-Gharab al-Islami, 1996), 308, no. Hadith: 270. Imam al-Tirmizi mengatakan hadith Abu Humaid hasan sahih.
7) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 503.
8) Muhammad bin Hassan al-Syaibani, al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 8.
9) Abu 'Abd Allah Muhammad bin Muhammad al-Kasyghari, Munyah al-Musolli wa Ghunyah al-Mubtadi, tahqiq Aminah 'Umar al-Kharrath, (Damsyiq: Dar al-Qalam, 2007), 214.
10) 'Abd Allah bin Mahmud bin Maudud al-Musili, al-Ikhtiyar li Ta'lil al-Mukhtar, tahqiq Mahmud Abu Daqiqah, jilid, (Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah), 51.
11) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 21.
12) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 21.
13) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 20-21.
14) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 22.
15) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 60-61.
16) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 61.
17) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 61.
18) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 61.
19) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' Al-Sanai' fi Tartib Al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 687.
20) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' Al-Sanai' fi Tartib Al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 686.
21) Abu 'Abd Allah Muhammad ibn Isma'il Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, tahqiq Sadqi Jamil Al-'Attar, (Beirut: Dar Al-Fikr li Al-Taba'ah wa Al-Nasyr wa Al-Tauzi'), 183-184, no. Hadith: 757.
22) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 23.

No comments:
Post a Comment