بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Beberapa persoalan yang akan dibahaskan dalam penulisan ini adalah:
- Apakah hukum ruku'?
- Bagaimana kaifiyyah ruku'?
- Apakah bacaan dalam ruku'?
- Apakah hukum bacaan dalam ruku'?
- Berapa kali perlu dibaca?
- Apakah hukum tomakninah dalam ruku'?
Penulis akan membawakan pandangan serta hujah dari ulama' mazhab empat dan selainnya in syaa Allah.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman Agama kepada kita semua.
1. MAZHAB HANAFI
Dalam lingkungan perbahasan Mazhab Hanafi ini, terlebih dahulu perlu diketahui bahawa Mazhab Hanafi membezakan antara hukum fardhu dan hukum wajib.
Secara ringkasnya, hukum fardhu Mazhab Hanafi hampir sama dengan hukum wajib bagi jumhur ulama' dengan maksud jika meninggalkannya akan membatalkan solat.
Begitu juga hukum wajib hampir sama dengan hukum sunnah muakkadah di mana meninggalkannya tidak membatalkan solat tetapi perlu sujud sahwi.
Menurut Mazhab Hanafi, hukum ruku' adalah fardhu[1]. Dalilnya, Allah ﷻ berfirman:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟
Wahai orang-orang yang beriman, ruku' dan sujudlah kalian
(Surah Al-Hajj: 77)
Kaifiyyah ruku' adalah seperti berikut:
1) Meletakkan tapak tangan di atas lutut. Dalilnya, ketika Baginda mengajarkan orang Arab Badwi tentang solat, Baginda ﷺ bersabda:
1) Meletakkan tapak tangan di atas lutut. Dalilnya, ketika Baginda mengajarkan orang Arab Badwi tentang solat, Baginda ﷺ bersabda:
ثُمَّ ارْكَعْ وَضَعْ يَدَيْكَ عَلَى رُكْبَتَيْكَ
Kemudian ruku'lah dan letaklah kedua tanganmu di atas kedua lututmu[4].
2) Merenggangkan jari-jemari. Dalilnya, berdasarkan hadith Anas bin Malik, Nabi ﷺ bersabda:
إِذَا رَكَعْتَ فَضَعْ يَدَيْكَ عَلَى رُكْبَتَيْكَ وَفَرِّقْ بَيْنَ أَصَابِعِكَ
Apabila kamu ruku', maka letakkanlah kedua tanganmu di atas kedua lututmu, dan renggangkanlah antara jari-jemarimu[5].
Apabila kamu ruku', maka letakkanlah kedua tanganmu di atas kedua lututmu, dan renggangkanlah antara jari-jemarimu[5].
3) Meluruskan belakang badan. Dalilnya, hadith Abu Hurairah dan 'Aisyah:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ إِذَا رَكَعَ بَسَطَ ظَهْرَهُ حَتَّى لَو وُضِعَ عَلَى ظَهْرِهِ قَدَحٌ مِنْ مَاءٍ لَاسْتَقَرَّ
Bahawa Nabi ﷺ apabila ruku', Baginda meluruskan belakangnya sehingga jika diletakkan segelas air di belakangnya, pasti ia akan seimbang (tidak jatuh)[6].
4) Tidak merendahkan kepala dan tidak mendongakkannya, iaitu kepala lurus dengan belakang badan. Dalilnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ نَهَى أَنْ يذبخَ الْمُصَلِّي تذبخ الْحِمَار يَعْنِي إِذَا شم البول أَو أَرَادَ أَنْ يتمرغَ
[2]
[2]
Bacaan dalam ruku':
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ
Dalilnya, berdasarkan hadith 'Uqbah bin 'Amir Al-Juhani radhiallahu 'anhu, dia berkata:
لَمَّا نَزَلَ قَوْلُهُ تَعَالَى: فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ، قَالَ النَّبِيُّ ﷺ: اجْعَلُوهَا فِي رُكُوعِكُمْ
Ketika turun firmanNya Ta'ala:
(Surah Al-Waqi'ah: 96), Nabi ﷺ bersabda: Kalian jadikanlah ia (tasbih) itu dalam ruku' kalian[3].
Hukum bacaan tasbih ini adalah sunnah. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Bacaan tasbih tersebut dibaca sebanyak tiga kali di dalam ruku'[7]. Dalilnya, berdasarkan hadith Ibnu Mas'ud, Rasulullah ﷺ bersabda:
Hadith ini juga ada dalam Al-Jami' Al-Kabir, Al-Tirmizi (279h) mengatakan : Hadith Ibnu Mas'ud isnadnya tidak bersambung, 'Aun ibn 'Abd Allah ibn 'Utbah tidak bertemu dengan Ibnu Mas'ud[10].
Kalau disyariatkan zikir dalam ruku' (maka) ia adalah rukun, tentu (akan ada dalilnya) daripada Al-Quran, maka sesungguhnya ruku' itu menyerupai qiyam dan ketika Rasulullah ﷺ mengajarkan solat kepada seorang Arab Badwi, Baginda tidak menyebutkan kepadanya sesuatu zikir pun di dalam ruku' dan sujud, dan Baginda menerangkan kepadanya mengenai rukun-rukun (solat)[8].
Bacaan tasbih tersebut dibaca sebanyak tiga kali di dalam ruku'[7]. Dalilnya, berdasarkan hadith Ibnu Mas'ud, Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ قَالَ فِي رُكُوعِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ ثَلَاثًا فَقَدْ تَمَّ رُكُوعُهُ وَذَلِكَ أَدْنَاهُ
Sesiapa yang menyebut
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ
dalam ruku'nya sebanyak tiga kali maka telah sempurna ruku'nya, dan (jumlah) yang demikian itu adalah yang paling minima[9].
Hadith ini juga ada dalam Al-Jami' Al-Kabir, Al-Tirmizi (279h) mengatakan : Hadith Ibnu Mas'ud isnadnya tidak bersambung, 'Aun ibn 'Abd Allah ibn 'Utbah tidak bertemu dengan Ibnu Mas'ud[10].
Tomakninah disebut juga sebagai ta'dil al-arkan (تَعْدِيلُ الْأَرْكَانِ). Mazhab Hanafi khilaf dalam masalah ini.
Hukum tomakninah di sisi Abu Yusuf (182h) adalah fardhu. Dalilnya adalah hadith a'rabiy:
حَدِيث الْأَعرَابِيِّ الَّذِي دَخَلَ الْمَسْجِدَ، وَأخف الصَّلَاة فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، فَقَامَ وَصَلَّى وَفَعَلَ فِي الْمَرَّةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَمَا فَعَلَهُ فِي الْمَرَّةِ الْأُولَى، فَقَالَ لَهُ: قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، هَكَذَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَسْتَطِعْ غَيْرَ ذَلِكَ، فَعَلِّمْنِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: إِذَا أَرَدْتَّ الصَّلَاةَ فَتَطَهَّرْ كَمَا أَمَرَكَ اللَّهُ تَعَالَى، وَاسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ، وَقُلْ: اللَّهُ أَكْبَرُ، وَاقْرَأْ مَا مَعَكَ مِنَ الْقُرْءَانِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى يَطْمَئِنَّ كُلُّ عُضْوٍ مِنْكَ ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَسْتَقِيمَ قَائِمًا
Hadith a'rabiy (Arab Badwi) yang masuk ke dalam masjid, dan dia mengurangi (rukun) solat, maka Baginda ﷺ bersabda kepadanya: Bangunlah kemudian solatlah, maka sesungguhnya engkau tidak solat. Lalu dia pun bangun dan solat, ketika kali kedua itu, dia lakukan sepertimana dia lakukannya pada kali pertama, maka Baginda bersabda kepadanya: Bangunlah kemudian solatlah, maka sesungguhnya engkau tidak solat. (Terjadi) seperti ini sebanyak tiga kali. Maka dia pun berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak mampu (melakukan) selain itu, maka ajarkanlah aku. Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepadanya: Apabila kamu hendak solat, maka bersucilah sepertimana yang Allah Ta'ala telah perintahkanmu, dan hadaplah kiblat, dan sebutlah: اللَّهُ أَكْبَرُ, serta bacalah apa yang kamu tahu daripada Al-Quran. Kemudia ruku'lah sehingga tenang semua anggota darimu, kemudian angkatlah kepalamu sehingga kamu tegak berdiri[12].
Hadith seperti ini ada dalam Sahih Al-Bukhari dengan lafaz yang berbeza[13].
Manakala hukum tomakninah di sisi Abu Hanifah (150h) dan Muhammad (189h) pula adalah wajib bukannya fardhu. Hujahnya, Al-Kasani (587h) berkata:
Abu Hanifah dan Muhammad berhujah untuk menafikan kefardhuan (tomakninah) berdasarkan firmanNya Ta'ala:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟
Wahai orang-orang yang beriman, ruku' dan sujudlah kalian.
(Surah Al-Hajj: 77)
(Ayat ini) memerintahkan untuk sujud dan ruku' secara mutlak (umum). Dan ruku' dari segi bahasa adalah membongkok dan condong... Dan adapun hadith a'rabiy itu, maka ia adalah (salah satu daripada hadith) ahad, maka ia tidak boleh menasakhkan Al-Kitab, tetapi ia (hanya) menjadi sebagai penyempurna (rukun), lalu perintah untuk i'tidal (tomakninah) itu membawa maksud wajib.. Sehingga jika dia meninggalkannya kerana terlupa dia wajib sujud sahwi[11].

Oleh itu, sekiranya seseorang tidak tomakninah, solatnya tetap sah jika bongkoknya itu lebih dekat dengan keadaan ruku'. Jika bongkoknya lebih dekat dengan keadaan berdiri, ia tidak sah. Demikian seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Maudud Al-Musili (683h)[14].
Rujukan:
1) Rujuk: Abu 'Abd Allah Muhammad bin Muhammad Al-Kasyghari, Munyah Al-Musolli wa Ghunyah Al-Mubtadi, tahqiq Aminah 'Umar Al-Kharrath, (Damsyiq: Dar al-Qalam, 2007), 167.
2) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 20.
3) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 21.
4) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 20.
5) 'Abd Allah bin Mahmud bin Maudud Al-Musili, Al-Ikhtiyar li Ta'lil Al-Mukhtar, tahqiq Mahmud Abu Daqiqah, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyyah), 51.
6) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 20.
7) Muhammad bin Hassan al-Syaibani, Al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 9.
8) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 21-22.
9) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 21.
10) Muhammad bin 'Isa Al-Tirmizi, Al-Jami' Al-Kabir, tahqiq Dr Basyar 'Awwad Ma'ruf, jilid , (Beirut: Dar Al-Gharab Al-Islami, 1996), 300, no. Hadith: 261.
11) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' Al-Sanai' fi Tartib Al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 687.
12) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' Al-Sanai' fi Tartib Al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 686.
13) Abu 'Abd Allah Muhammad ibn Isma'il Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, tahqiq Sadqi Jamil Al-'Attar, (Beirut: Dar Al-Fikr li Al-Taba'ah wa Al-Nasyr wa Al-Tauzi'), 183-184, no. Hadith: 757.
14) Rujuk: 'Abd Allah bin Mahmud bin Maudud Al-Musili, Al-Ikhtiyar li Ta'lil Al-Mukhtar, tahqiq Mahmud Abu Daqiqah, jilid, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyyah), 51.

No comments:
Post a Comment