بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ الْأَمِينِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
1. MAZHAB HANAFI
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ الْأَمِينِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Perbahasan memberi salam pada akhir solat ini menyentuh beberapa persoalan iaitu:
- Apakah hukum memberi salam?
- Berapa kali salam?
- Apakah lafaz salam?
- Apakah hukum niat salam?
- Apakah niat salam?
- Apakah hukum menoleh?
Persoalan-persoalan di atas akan dijawab berdasarkan pandangan imam-imam mazhab.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman kepada kita semua.
Dalam lingkungan perbahasan Mazhab Hanafi ini, terlebih dahulu perlu diketahui bahawa Mazhab Hanafi membezakan antara hukum fardhu dan hukum wajib.
Secara ringkasnya, hukum fardhu Mazhab Hanafi hampir sama dengan hukum wajib bagi jumhur ulama' dengan maksud jika meninggalkannya akan membatalkan solat.
Begitu juga hukum wajib hampir sama dengan hukum sunnah muakkadah di mana meninggalkannya tidak membatalkan solat tetapi perlu sujud sahwi.
Secara ringkasnya, hukum fardhu Mazhab Hanafi hampir sama dengan hukum wajib bagi jumhur ulama' dengan maksud jika meninggalkannya akan membatalkan solat.
Begitu juga hukum wajib hampir sama dengan hukum sunnah muakkadah di mana meninggalkannya tidak membatalkan solat tetapi perlu sujud sahwi.
Dalam Mazhab Hanafi, memberi salam bukanlah fardhu. Hujahnya berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ kepada Ibnu Mas'ud ketika Baginda mengajarkannya tasyahhud:
Al-Kasani (587h) menjelaskan:
Oleh sebab telah tertegak penafian hukum fardhu ke atas salam, maka hukumnya adalah wajib dalam qaul yang sahih, sebahagiannya mengatakan sunnah.
Yang mewajibkannya berdalil dengan sabda Nabi ﷺ:
Yang menghukum sunnah berdalil seperti yang dijelaskan oleh Badr al-Din al-'Aini (855h):
Memberi salam sebanyak dua kali iaitu ke kanan dan ke kiri. Hujahnya, al-Kasani (587h) berkata:
Lafaz salam ke kanan dan ke kiri adalah sama iaitu:
Hukum niat salam adalah sunnah. Hujahnya al-Kasani (587h) berkata:
Hendaklah orang yang bersolat itu meniatkan salamnya kepada orang yang berada di kanan dan kirinya dan para malaikat yang mengawasi.
Muhammad (189h) berkata:
إِذَا قُلْتَ هَذَا أَوْ فَعَلْتَ هَذَا فَقَدْ قَضَيْتَ مَا عَلَيْكَ، إِنْ شِئْتَ أَنْ تَقُومَ فَقُمْ، وَإِنْ شِئْتَ أَنْ تَقْعُدَ فَاقْعُدْ
Apabila engkau telah menyebutkan ini atau melakukan ini (duduk kadar tasyahhud) maka sesungguhnya engkau telah menyelesaikan apa yang dituntut ke atasmu, jika engkau mahu berdiri maka berdirilah, jika engkau mahu duduk maka duduklah.
Al-Kasani (587h) menjelaskan:
Dan dikeluarkan hukum dengannya (hadith di atas) daripada dua wajah:
Pertama: Bahawa Baginda menjadikannya (duduk kadar tasyahhud) penyelesai apa yang dituntut ke atasnya (Ibnu Mas'ud) ketika perbuatan ini ataupun sebutan, dan (perkataan) "ما" itu menunjukkan umum pada apa-apa yang dia tidak ketahui, maka dihukumkan penyelesaian segala yang dituntut ke atasnya, dan kalaulah memberi salam itu fardhu, maka ia (duduk kadar tasyahhud) tidak akan menjadi penyelesai kesemua yang dituntut ke atasnya tanpanya (memberi salam), kerana memberi salam masih berbaki (sebagai tuntutan) ke atasnya.
Dan kedua: Bahawasanya dia (boleh) memilih antara berdiri atau duduk, tanpa mensyaratkan lafaz salam, maka jika ianya (memberi salam) adalah fardhu, maka dia tidak (boleh) memilihnya kerana rukun solat adalah apa-apa yang menunaikan dengannya akan (kewajipan) solat. Sedangkan salam itu keluar daripada solat dan meninggalkannya (solat), kerana ianya adalah kata-kata dan ucapan untuk selainnya, maka ianya menjadi penafian bagi solat, lalu bagaimana ia menjadi rukun baginya (solat)?
Dan adapun hadith (وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلَيمُ): maka tidak ada padanya penafian tahlil (menghalalkan apa yang haram ketika solat) dengan selain salam, hanyalah Baginda mengkhususkan memberi salam, untuk menjadikannya sebagai wajib... Dan terbina atas ini: bahawa salam bukanlah sebahagian daripada solat - di sisi kami-.[1]
Oleh sebab telah tertegak penafian hukum fardhu ke atas salam, maka hukumnya adalah wajib dalam qaul yang sahih, sebahagiannya mengatakan sunnah.
Yang mewajibkannya berdalil dengan sabda Nabi ﷺ:
وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ
Dan yang menghalalkannya (solat) adalah salam.[2]
Yang menghukum sunnah berdalil seperti yang dijelaskan oleh Badr al-Din al-'Aini (855h):
Pilihan yang difahami daripada sabdanya 'alaihissalam:
إِذَا قُلْتَ هَذَا أَوْ فَعَلْتَ هَذَا فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُكَ
Apabila engkau telah menyebutkan ini atau telah lakukan ini maka sesungguhnya telah sempurna solatmu
Ia menafikan berbaki kefardhuan dan yang wajib ke atasnya.[6]
Memberi salam sebanyak dua kali iaitu ke kanan dan ke kiri. Hujahnya, al-Kasani (587h) berkata:
Apa yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Mas'ud bahawasanya dia berkata:
صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ وَخَلْفَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - وَكَانُوا يُسَلِّمُونَ تَسْلِيْمَتَيْنِ عَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ
Aku telah solat di belakang Rasulullah ﷺ, Abu Bakr dan 'Umar - radhiallahu 'anhuma- dan mereka memberi salam dengan dua salam daripada kanan-kanan mereka dan daripada kiri-kiri mereka.
Dan diriwayatkan daripada 'Ali bahawa dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يُسَلِّمُ تَسْلِيمَتَيْنِ أَوَّلُهُمَا أَرْفَعُهُمَا
Rasulullah ﷺ memberi salam dua kali salam, yang pertamanya lebih kuat.
Dan kerana (tujuan) salah satu daripada kedua salam itu: Untuk keluar daripada solat, dan yang kedua: Untuk menyamakan antara kaum dalam penghormatan.
Lafaz salam ke kanan dan ke kiri adalah sama iaitu:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Hujahnya, al-Kasani (587h) berkata:
Berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud, 'Ammar, 'Utbah dan selain mereka daripada Nabi ﷺ: Bahawa Baginda menyebut seperti ini.[3]
Hukum niat salam adalah sunnah. Hujahnya al-Kasani (587h) berkata:
Dan di antaranya (sunnah solat): Hendaklah sesiapa yang mengucapkan berniat dengan memberi salam, kerana ucapan orang yang tidak meniatkan ucapannya adalah sia-sia dan bodoh.[5]
Hendaklah orang yang bersolat itu meniatkan salamnya kepada orang yang berada di kanan dan kirinya dan para malaikat yang mengawasi.
Muhammad (189h) berkata:
(Hendaklah) Dia menyebut: السلام عليكم ورحمة الله dari kanannya dan dari kirinya juga seperti itu. Dan dia meniatkan dengan salam yang pertama itu sesiapa yang berada di kanannya yang terdiri daripada malaikat penjaga, orang lelaki dan perempuan, dan daripada kirinya seperti itu juga. Maka sekiranya dia di belakang imam (maka) dia berniat seperti itu. Maka sekiranya dia itu imam di sebelah kanan dia niatkannya bagi mereka, dan demikian juga sekiranya dia di sebelah kiri maka sesungguhnya dia meniatkannya pada mereka.[4]
Hukum menoleh adalah sunnah iaitu dimulakan dengan sebelah kanan. Al-Kasani (587h) berkata:
Dan di sini kami sebutkan sunnah-sunnah memberi salam, maka antaranya: Memulakan dengan memberi salam daripada kanan, berdasarkan apa yang telah kami riwayatkan daripada hadith-hadith, dan kerana bagi kanan itu kelebihan ke atas kiri - Maka permulaan dengannya adalah lebih utama. Dan jika memberi salam pertama itu daripada kiri, atau memberi salam (dengan) wajah ke arah (kiblat): Al-Hassan meriwayatkan daripada Abu Hanifah bahawa apabila seseorang memberi salam daripada kirinya, dia (perlu) memberi salam dari kanannya (setelah itu), dan dia tidak perlu mengulangi memberi salam dari kiri. Dan jika dia memberi salam (dengan) menghadapkan wajahnya ke arah (kiblat), dia (perlu) memberi salam selepas itu dari kirinya. Dan antaranya (sunnah): Melebihkan dalam memalingkan wajah ketika memberi kedua-dua salam, dan memberi salam dari kanannya, sehingga nampak putih pipinya yang kanan, dan (memberi salam) daripada kirinya, sehingga nampak putih pipinya yang kiri, berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ كَانَ يُحَوِّلُ وَجْهَهُ فِي التَّسْلِيمَةِ الْأُولَى، حَتَّى يُرَى بَيَاضُ خَدِّهِ الْأْيْمَنِ - أَوْ قَالَ: - خدِّهِ الْأَيْسَرِ
Bahawa Rasulullah ﷺ memalingkan wajahnya pada memberi salam yang pertama sehingga ternampak putih pipinya yang kanan - ataupun Baginda bersabda: - pipinya yang kiri. Dan tidak akan berlaku yang demikian itu kecuali ketika betul-betul berpaling.[7]
Rujukan:
1) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 8-9.
2) 'Abd Allah bin Mahmud bin Maudud al-Musili, al-Ikhtiyar li Ta'lil al-Mukhtar, tahqiq Mahmud Abu Daqiqah, jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah), 54.
3) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 12.
4) Muhammad bin Hassan al-Syaibani, Al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 12-13.
5) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 72.
6) Mahmud bin Ahmad Bin Musa Badr al-Din al-'Aini, al-Binayah Syarh al-Hidayah, tahqiq Aiman Salih Sya'ban, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 1999), 290.
7) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 71.
No comments:
Post a Comment