بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
I'tidal (إِعْتِدَالُ) adalah kembali kepada keadaan seperti sebelum ruku'. Jika seseorang itu solat berdiri, maka dia kembali berdiri. Jika solat duduk, maka dia kembali duduk. Nama lainnya adalah al-qaumah baina al-ruku' wa al-sujud (القَوْمَةُ بَيْنَ الرُّكُوعِ وَالسُجُودِ) iaitu berdiri antara ruku' dan sujud.
Istilah lain yang merujuk kepada keadaan antara ruku' dan sujud adalah raf'u al-ra'si min al-ruku' (رَفْعُ الرَّأْسِ مِنَ الرُّكُوعِ) iaitu mengangkat kepala daripada ruku'.
Beberapa persoalan dalam perbahasan ini adalah:
1. MAZHAB HANAFI- Apakah hukum i'tidal?
- Apakah bacaan dalam i'tidal?
- Adakah bacaan i'tidal perlu dikuatkan oleh imam?
- Apakah hukum mengangkat kedua tangan ketika i'tidal?
- Apakah hukum tomakninah dalam i'tidal?
Penulis akan membawakan pandangan imam-imam mazhab empat dan selainnya in syaa Allah.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman Agama kepada kita semua.
Dalam lingkungan perbahasan Mazhab Hanafi ini, terlebih dahulu perlu diketahui bahawa Mazhab Hanafi membezakan antara hukum fardhu dan hukum wajib.
Secara ringkasnya, hukum fardhu Mazhab Hanafi hampir sama dengan hukum wajib bagi jumhur ulama' dengan maksud jika meninggalkannya akan membatalkan solat.
Begitu juga hukum wajib hampir sama dengan hukum sunnah muakkadah di mana meninggalkannya tidak membatalkan solat tetapi perlu sujud sahwi.
Dalam qaul Abu Yusuf (182h),mengangkat kepala daripada ruku', i'tidal dan tomakninah adalah fardhu. Berdasarkan hadith al-a'rabiy:
حَدِيث الْأَعرَابِيِّ الَّذِي دَخَلَ الْمَسْجِدَ، وَأخف الصَّلَاةَ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، فَقَامَ وَصَلَّى وَفَعَلَ فِي الْمَرَّةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَمَا فَعَلَهُ فِي الْمَرَّةِ الْأُولَى، فَقَالَ لَهُ: قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ، هَكَذَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَسْتَطِعْ غَيْرَ ذَلِكَ، فَعَلِّمْنِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ ﷺ: إِذَا أَرَدْتَّ الصَّلَاةَ فَتَطَهَّرْ كَمَا أَمَرَكَ اللَّهُ تَعَالَى، وَاسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ، وَقُلْ: اللَّهُ أَكْبَرُ، وَاقْرَأْ مَا مَعَكَ مِنَ الْقُرْءَانِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى يَطْمَئِنَّ كُلُّ عُضْوٍ مِنْكَ ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَسْتَقِيمَ قَائِمًا
Hadith seorang Arab Badwi yang masuk ke dalam masjid, dan dia mengurangi (rukun) solat, maka Baginda ﷺ bersabda kepadanya: Bangunlah kemudian solatlah, maka sesungguhnya engkau tidak solat. Lalu dia pun bangun dan solat, ketika kali kedua itu, dia lakukan sepertimana dia lakukannya pada kali pertama, maka Baginda bersabda kepadanya: Bangunlah kemudian solatlah, maka sesungguhnya engkau tidak solat. (Terjadi) seperti ini sebanyak tiga kali. Maka dia pun berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak mampu (melakukan) selain itu, maka ajarkanlah aku. Kemudian Nabi ﷺ bersabda kepadanya: Apabila kamu hendak solat, maka bersucilah sepertimana yang Allah Ta'ala telah perintahkanmu, dan hadaplah kiblat, dan sebutlah: اللَّهُ أَكْبَرُ, serta bacalah apa yang kamu tahu daripada Al-Quran. Kemudian ruku'lah sehingga tenang semua anggota darimu, kemudian angkatlah kepalamu sehingga kamu tegak berdiri[15].
Hadith seperti ini ada dalam Sahih Al-Bukhari dengan lafaz yang berbeza[16].
Dalam qaul Abu Hanifah (150h) dan Muhammad (189h), i'tidal dan tomakninah bukanlah fardhu. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Al-Tirmizi (279h) juga meriwayatkan hadith ini daripada Rifa'ah bin Rafi' dengan tambahan lafaz tersebut dan matannya sedikit berbeza. Beliau mengatakan hadith ini hasan[18].
Jadi bagi mereka berdua, hukum i'tidal dan tomakninah adalah sama ada wajib ataupun sunnah. Di sana ada dua riwayat. Pertama, berdasarkan takhrij al-Jurjani, mereka mengatakan i'tidal dan tomakninah adalah sunnah. Kedua, berdasarkan takhrij al-Karakhi, mereka mengatakan keduanya itu adalah wajib. Jika meninggalkannya perlu kepada sujud sahwi[17].
Adapun yang menjadi fardhu di sisi mereka berdua itu adalah intiqal iaitu perpindahan antara satu rukun kepada rukun yang lain[1]. Hujahnya, Al-Kasani (587h) berkata:
Dalilnya, berdasarkan hadith 'Aisyah:
Muslim (261h) meriwayatkan hadith ini daripada Abu Hurairah dengan lafaz yang berbeza[8].
Dalam qaul Abu Hanifah (150h), sekiranya dia adalah imam, dia hanya perlu membaca tasmi' sahaja. Manakala makmum pula hanya bertahmid sahaja ketika imam bertasmi'. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) menjelaskan berdasarkan sabda Nabi ﷺ:
Sekiranya dia solat bersendirian, ada dua riwayat daripada Abu Hanifah (150h). Pertama dia perlu membaca tasmi' dan tahmid. Ini juga adalah pandangan Abu Yusuf (182h) dan Muhammad (189h). Kedua, hendaklah dia bertahmid sahaja, inilah riwayat yang paling sahih. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Kerana sesuatu rukun itu tidak boleh disabitkan melainkan dengan (dalil yang) yakin dan nas (al-Quran) hanya menyebutkan ruku' dan sujud. Keumuman kata nama (ruku' dan sujud) itu menerima (kadar) paling minimum. Maka rukun tersebut kekal dengan kadar itu. (Adapun) pertambahan ke atas (rukun) itu (seperti tomakninah) adalah bertujuan untuk menyempurnakan (rukun). Akan tetapi meninggalkan sesuatu yang bukan rukun (dan ianya itu) untuk menyempurnakan (rukun yang) fardhu, (maka) ianya itu tidaklah merosakkannya (rukun). Dan nas Rasulullah ﷺ ke atasnya adalah dalam hadith al-a'rabiy (rujuk hadith di atas) ketika Baginda mengajarkan (solat) kepadanya maka Baginda bersabda (di akhir hadith tersebut):
إِذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ فَقَدْ أَتْمَمْتَ صَلَاتَكَ وَإِنْ نَقَّصْتَ مِنْ ذَلِكَ فَقَدْ نَقَّصْتَ صَلَاتَكَ
Apabila kamu melakukan yang demikian itu (dalam solatmu), maka kamu telah menyempurnakan solatmu dan jika kamu menguranginya maka kamu telah mengurangi solatmu[19].
Al-Tirmizi (279h) juga meriwayatkan hadith ini daripada Rifa'ah bin Rafi' dengan tambahan lafaz tersebut dan matannya sedikit berbeza. Beliau mengatakan hadith ini hasan[18].
Jadi bagi mereka berdua, hukum i'tidal dan tomakninah adalah sama ada wajib ataupun sunnah. Di sana ada dua riwayat. Pertama, berdasarkan takhrij al-Jurjani, mereka mengatakan i'tidal dan tomakninah adalah sunnah. Kedua, berdasarkan takhrij al-Karakhi, mereka mengatakan keduanya itu adalah wajib. Jika meninggalkannya perlu kepada sujud sahwi[17].
Adapun yang menjadi fardhu di sisi mereka berdua itu adalah intiqal iaitu perpindahan antara satu rukun kepada rukun yang lain[1]. Hujahnya, Al-Kasani (587h) berkata:
Kerana ianya (intiqal) adalah perantaraan untuk sampai kepada rukun[2].
Bacaan ketika mengangkat kepala daripada ruku', lafaznya:
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Bacaan ini dinamakan sebagai tasmi'.
Kemudian menyebut tahmid, lafaznya:
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Dalilnya, berdasarkan hadith 'Aisyah:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Bahawa Nabi ﷺ apabila Baginda mengangkat kepalanya daripada ruku', Baginda menyebut (tasmi' dan tahmid)[6].
Muslim (261h) meriwayatkan hadith ini daripada Abu Hurairah dengan lafaz yang berbeza[8].
Dalam qaul Abu Hanifah (150h), sekiranya dia adalah imam, dia hanya perlu membaca tasmi' sahaja. Manakala makmum pula hanya bertahmid sahaja ketika imam bertasmi'. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) menjelaskan berdasarkan sabda Nabi ﷺ:
وَإِذَا قَالَ الْإِمَامُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُو رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Dan apabila imam menyebut (tasmi') maka kalian sebutlah (tahmid)
Maka Baginda telah membahagikan kedua zikir ini antara imam dan makmum. Keumuman pembahagian ini menuntut orang yang menyebutnya itu untuk tidak menggabungkan setiap satu daripada keduanya dalam pembahagiannya. Juga kerana makmum itu menyebut tahmid ketika imam menyebut tasmi', maka kalau imam juga menyebut (tahmid) itu, maka sebutan (tahmid)nya itu adalah selepas sebutan (tahmid) makmum, dan ini menyanggahi konsep imamah[3].
Hadith di atas ada dalam Sahih Al-Bukhari[4] dan Sahih Muslim[5] dengan lafaz yang sedikit berbeza.
Kerana (tujuan tasmi' itu adalah supaya) dia (imam) menggalakkan orang yang di belakangnya untuk bertahmid, tetapi tidak ada sesiapa pun di belakangnya (ketika solat bersendirian, jadi tidak perlu bertasmi')[20].
Dalam qaul Abu Yusuf (182h) dan Muhammad (189h) pula, imam perlu menyebut kedua-duanya tasmi' dan tahmid itu. Berdasarkan hadith 'Aisyah:
Mereka bertiga sepakat bahawa makmum hanya perlu menyebut tahmid sahaja, tidak perlu tasmi'. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Bahawa Nabi ﷺ apabila mengangkat kepalanya daripada ruku', Baginda menyebut (tasmi' dan tahmid)[7].
Mereka bertiga sepakat bahawa makmum hanya perlu menyebut tahmid sahaja, tidak perlu tasmi'. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Maka sesungguhnya (tujuan tasmi' itu adalah untuk) imam menggalakkan orang di belakangnya untuk bertahmid. Maka maksud itu tidak akan tercapai jika orang di belakangnya pun menggalakkannya (supaya bertahmid' juga). Sepatutnya mereka (makmum) menyibukkan diri dengan bertahmid (dan bukannya bertasmi')[9].
Imam perlu menguatkan bacaan tasmi' dan memperlahankan tahmid[13]. Hujahnya, Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Daripada 'Ali radhiallahu 'anhu;
ثَلَاثٌ يُخْفِيهِنَّ الْإِمَامُ
(Tiga (tempat) imam memperlahankan bacaan)
Dan juga Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu berkata:
أَرْبَعٌ يُخْفِيهِنَّ الْإِمَامُ
(Empat (tempat) imam memperlahankan bacaan)
Dan رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ termasuk dalam ayatnya itu[14].
Menurut Mazhab Hanafi, tidak disunnahkan mengangkat tangan ketika i'tidal kerana mengangkat tangan khusus ketika takbiratul ihram sahaja[10]. Hujahnya berdasarkan hadith Ibnu Mas'ud:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ عِنْدَ تَكْبِيرَةِ الْإِحْرَامِ ثُمَّ لَا يَعُودُ
Sesungguhnya Nabi ﷺ mengangkat kedua tangannya ketika takbiratul ihram dan Baginda tidak mengulangi(nya)[11].
Dalam hadith lainnya:
Sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda: Jangan diangkat tangan-tangan kecuali pada tujuh tempat; ketika (takbir) iftitah solat, dalam solat dua hari raya, qunut dalam witir (dan empat lagi dalam bab manasik haji...)
Dan ketika Baginda melihat sebahagian para sahabat ridhwanullahi 'alaihim mengangkat tangan-tangan mereka ketika sebahagian keadaan solat, Baginda memakruhkan hal itu maka Baginda bersabda:
مَالِي أَرَاكُمْ رَافِعِي أَيْدِيكُمْ كَأَنَّهَا أَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ اسْكُتُوا - وَفِي رِوَايَةٍ - قَارّوا فِي الصَّلَاةِ
Apakah aku melihat kalian mengangkat tangan-tangan kalian seakan-akan ia seperti ekor-ekor kuda syumus, diamlah kalian - dan dalam satu riwayat - tenanglah kalian dalam solat.
Dan makna di dalamnya bahawa takbir yang didatangkan dalam keadaan intiqal (berpindah rukun) maka tidak disunnahkan mengangkat tangan ketikanya seperti takbir (ketika hendak) sujud dan yang seumpamanya. Apa yang kami jelaskan adalah bahawa maksud daripada mengangkat tangan itu adalah untuk memberitahu orang yang pekak di belakangnya (bahawa imam telah bertakbir) dan inilah yang diperlukan bagi takbir-takbir yang didatangkannya dalam keadaan berdiri seperti takbir-takbir tambahan pada (solat) dua hari raya dan takbir qunut. Dan dalam keadaan intiqal, ia tidak berhajat kepadanya (mengangkat tangan). Maka sesungguhnya orang yang pekak melihat dia (imam) itu turun untuk ruku' maka tidak perlu dibuktikan dengan mengangkat tangan[12].
Rujukan:
1) Rujuk: Mahmud bin Ahmad bin 'Abd Al-'Aziz Al-Bukhari, Al-Muhit Al-Burhani fi Al-Fiqh Al-Nu'mani, tahqiq 'Abd Al-Karim Sami Al-Jundi, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyyah, 2004), 337-338.
2) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 534.
3) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 20.
4) Abu 'Abd Allah Muhammad bin Isma'il Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, (Beirut: Dar Ibn Kathir, 2002), 195, no. Hadith 796.
5) Abu Al-Husain Muslim bin Al-Hajjaj Al-Qusyairi Al-Naisaburi, Sahih Muslim, (Riyadh: Dar Taibah li Al-Nasyr wa Al-Tauzi', 2006), 193, no. Hadith: 409.6) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 21.
6) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 20.
7) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 20.
8) Abu Al-Husain Muslim bin Al-Hajjaj Al-Qusyairi Al-Naisaburi, Sahih Muslim, (Riyadh: Dar Taibah li Al-Nasyr wa Al-Tauzi', 2006), 225-226, no. Hadith: 494. Kitab: Solat. Bab: I'tidal Ketika Sujud, dan Meletakkan Kedua Telapak Tangan ke Tanah, dan Mengangkat Kedua Siku dari Kedua Rusuk, dan Mengangkat Perut daripada Kedua Peha dalam Sujud.
9) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 21.
10) Muhammad bin Hassan Al-Syaibani, Al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 15.
11) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 14.
11) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 14.
12) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 14-15.
13) Muhammad bin Hassan Al-Syaibani, Al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 8.
14) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 20.
15) 'Alau Al-Din Abu Bakr bin Mas'ud Al-Kasani Al-Hanafi, Badai' Al-Sanai' fi Tartib Al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Kutub Al-Islamiyyah, 2003), 686.
16) Abu 'Abd Allah Muhammad ibn Isma'il Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, tahqiq Sadqi Jamil Al-'Attar, (Beirut: Dar Al-Fikr li Al-Taba'ah wa Al-Nasyr wa Al-Tauzi'), 183-184, no. Hadith: 757.
17) Mahmud bin Ahmad Bin Musa Badr al-Din al-'Aini, al-Binayah Syarh al-Hidayah, tahqiq Aiman Salih Sya'ban, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 1999), 231.
18) Muhammad bin 'Isa al-Tirmizi, al-Jami' al-Kabir, tahqiq Dr Basyar 'Awwad Ma'ruf, jilid , (Beirut: Dar al-Gharab al-Islami, 1996), 332-333.
19) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 189.
20) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Al-Sarkhasi, Al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar Al-Ma'rifah, 1989), 21.
No comments:
Post a Comment