DUDUK ISTIRAHAH: PANDANGAN IMAM-IMAM MAZHAB

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ الْأَمِينِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ


Duduk istirahah (جَلْسَةُ الْإِسْتِرَاحَةِ) adalah duduk rehat sebentar antara sujud dan bangkit untuk rakaat kedua dan keempat.

Perbahasan ini terkait dengan beberapa persoalan iaitu:

  • Apakah hukum duduk istirahah?
  • Apakah kadar duduk istirahah?

1. MAZHAB HANAFI

Dalam Mazhab Hanafi, tidak disunnahkan duduk istirahah berdasarkan hadith Wail bin Hujr:

Bahawa Nabi ﷺ apabila Baginda mengangkat kepalanya daripada sujud kepada rakaat kedua, Baginda bangkit di atas hujung kedua kakinya.
Juga kerana  jika disana ada duduk pasti akan ada perpindahan (intiqal) kepadanya dan antaranya dengan takbir dan pasti akan ada zikir yang disunnahkan baginya seperti dalam (duduk rakaat) kedua dan keempat. 
Dan takwil ke atas hadith mereka (hadith Malik bin al-Huwairith bahawa Nabi ﷺ duduk sebentar) bahawa Baginda melakukan itu kerana sampai waktu uzur dengan sebab tua.[2]

Oleh itu, apabila bangkit untuk rakaat kedua dan keempat, seseorang disunnahkan berdiri di atas hujung kedua kakinya berdasar hadith Wail bin Hujr di atas.[1]



Rujukan:

1) Rujuk: Muhammad bin Hassan al-Syaibani, Al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 10.

2) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 23.

No comments:

Post a Comment