بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ الْأَمِينِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
1. MAZHAB HANAFI
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ الْأَمِينِ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Duduk tasyahhud (تَشَهُّدُ) juga dikenali dengan duduk tahiyyat (تَحِيَّةُ). Kedua-dua merujuk kepada duduk pada rakaat kedua dan terakhir.
Perbahasan kali ini akan membincangkan mengenai duduk tasyahhud akhir. Persoalan yang terkait adalah:
- Apakah hukum duduk tasyahhud akhir dan kadarnya?
- Bagaimanakah keadaan duduk tasyahhud akhir?
- Apakah hukum bacaan tasyahhud akhir?
- Apakah bacaan tasyahhud akhir?
- Apakah hukum selawat?
- Apakah bacaan selawat?
- Apakah sunnah ketika tasyahhud?
Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas akan dijawab berdasarkan pandangan ulama'-ulama' pelbagai mazhab.
Semoga Allah ﷻ memberi kefahaman kepada kita semua.
Dalam lingkungan perbahasan Mazhab Hanafi ini, terlebih dahulu perlu diketahui bahawa Mazhab Hanafi membezakan antara hukum fardhu dan hukum wajib.
Secara ringkasnya, hukum fardhu Mazhab Hanafi hampir sama dengan hukum wajib bagi jumhur ulama' dengan maksud jika meninggalkannya akan membatalkan solat.
Secara ringkasnya, hukum fardhu Mazhab Hanafi hampir sama dengan hukum wajib bagi jumhur ulama' dengan maksud jika meninggalkannya akan membatalkan solat.
Begitu juga hukum wajib hampir sama dengan hukum sunnah muakkadah di mana meninggalkannya tidak membatalkan solat tetapi perlu sujud sahwi.
Hukum duduk tasyahhud akhir adalah fardhu. Dalilnya berdasarkan hadith al-A'rabiy yang mana ketika Nabi ﷺ mengajarnya solat, Baginda bersabda:
إِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ مِنْ آخِرِ السَّجْدَةِ وَقَعَدْتَ قَدْرَ التَّشَهُّدِ فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُكَ
Apabila engkau mengangkat kepalamu daripada akhir sujud dan engkau duduk kadar (bacaan) tasyahhud, maka sesungguhnya telah sempurna solatmu.[1]
Al-Kasani (587h) menjelaskan:
Diikatkan kesempurnaan solat dengan duduk (tasyahhud) akhir dan Baginda memaksudkan dengannya kesempurnaan perkara-perkara fardhu, apabila tidak sempurna asal (rukun) ibadah selepas, maka ia menunjukkan bahawasanya tidak sempurna sebelumnya. Apabila yang diikat dengan syarat tidak sebelum wujud syarat.
Dan diriwayatkan:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَامَ إِلَى الْخَامِسَةِ، فَسَبَّحَ بِهِ، فَرَجَعَBahawa Nabi ﷺ bangkit ke (rakaat) yang kelima, kemudian Baginda bertasbih dengannya, maka Baginda kembali.
Dan kalaulah ianya (duduk tasyahhud) bukan fardhu, pastilah Baginda tidak kembali sepertimana duduk (tasyahhud) awal.[1]
Kadar duduk tasyahhud yang fardhu adalah sekadar bacaan tasyahhud. Dalilnya hadith yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru bin al-'As, daripada Nabi ﷺ bahawasanya Baginda bersabda:
إِذَا رَفَعَ الْإِمَامُ رَأْسَهُ مِنَ السَّجْدَةِ الْأَخِيرَةِ وَقَعَدَ قَدْرَ التَّشَهُّدِ ثُمَّ أَحْدَثَ، فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُهُ
Apabila imam mengangkat kepalanya daripada sujud yang akhir dan dia duduk kadar tasyahhhud kemudian dia berhadas, maka sesungguhnya telah sempurna solatnya.[2]
Keadaan duduk yang disunnahkan bagi lelaki adalah duduk iftirasy iaitu dengan menghamparkan kaki yang kiri dan menjadikannya di antara punggung lalu duduk di atasnya dan menegakkan kaki kanan setegak-tegaknya dan menghalakan jari jemarinya yang kanan ke arah kiblat[3]. Berdasarkan hadith 'A'isyah radhiallahu 'anha:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ إِذَا قَعَدَ فَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى، وَقَعَدَ عَلَيْهَا وَنَصَبَ الْيُمْنَى نَصْبًا
Bahawa Nabi ﷺ apabila duduk, Baginda menghamparkan kakinya yang kiri, dan Baginda duduk di atasnya dan Baginda menegakkan (kakinya) yang kanan setegak-tegaknya.
Dan Anas bin Malik meriwayatkan daripada Nabi ﷺ:
أَنَّهُ نَهَى عَنِ التَوَرُّكِ فِي الصَّلَاةِ
Bahawa Baginda melarang daripada (duduk) tawarruk dalam solat.
Dan hadith Abu Humaid (bahawa Nabi ﷺ duduk tawarruk) dibawa atas keadaan tua dan lemah[4].
Keadaan duduk yang disunnahkan bagi wanita adalah tawarruk. Hujahnya, al-Kasani (587h) berkata:
Kerana memelihara kefardhuan menutup (الستر) lebih utama daripada memelihara sunnah duduk[5].
Juga Al-Sarkhasi (490h) membawakan hadith:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ رَأَى امْرَأَتَيْنِ تُصَلِّيَانِ فَلَمَّا فَرَغْتَا دَعَاهُمَا وَقَالَ اسْمَعَانِ إِذَا قَعَدْتُمَا فَضُمَّا بَعْضَ اللَّحْمِ إِلَى الْأَرْضِ
Bahawa Nabi ﷺ melihat dua orang wanita solat, maka ketika keduanya selesai, Baginda memanggil mereka berdua dan bersabda: Dengarlah kalian berdua kepadaku, apabila kalian berdua duduk maka gabungkanlah sebahagian daging kalian ke tanah[6].
Hukum bacaan tasyahhud akhir adalah wajib dan bukannya fardhu. Berdalilkan hadith al-A'rabiy, Nabi ﷺ bersabda:
Al-Kasani (587h) menjelaskan:
إِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ مِنْ آخِرِ سَجْدَةٍ وَقَعَدتَّ قَدْرَ التَّشَهُّدِ فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُكَ
Apabila engkau mengangkat kepalamu daripada akhir sujud dan engkau duduk kadar tasyahhud maka sesungguhnya telah sempurna solatmu.
Al-Kasani (587h) menjelaskan:
Baginda menetapkan kesempurnaan solat ketika semata-mata duduk, dan kalaulah (bacaan) tasyahhud itu fardhu, pastilah Baginda tidak menetapkan kesempurnaan tanpanya, (maka) ia menunjukkan bahawa ianya itu bukanlah fardhu, tetapi wajib dengan sebab kelaziman Nabi ﷺ dan kelaziman Baginda itu adalah dalil wajib pada perkara yang tertegak dalil ketidak fardhuannya, dan telah tertegak (dalil tidak fardhu) di sini.[7]
Bacaan tasyahhud yang dipilih dalam Mazhab Hanafi adalah bacaan tasyahhud Ibnu Mas'ud:
التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ والطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
Hujahnya, al-Kasani (587h) berkata:
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud, bahawa dia berkata:
أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ بِيَدَيَّ وَعَلَّمَنِي التَّشَهُّدَ، كَمَا كَانَ يُعَلِّمُنِي السُّورَةَ مِنَ القُرْءَانِ، وَقَالَ: قُلْ: التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ والطَّيِّبَاتُ
Rasulullah ﷺ memegang tanganku dan mengajarkanku tasyahhud, sepertimana Baginda mengajarkanku surah dalam al-Quran, dan Baginda bersabda: "Sebutlah: Penghormatan-penghormatan untuk Allah dan solat-solat serta perkara-perkara yang baik".
Sehingga akhirnya, dan Baginda bersabda:
إِذَا قُلْتَ هَذَا أَوْ فَعَلْتَ هَذَا، فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُكَ
Apabila engkau membaca ini atau engkau melakukan ini, maka sesungguhnya telah sempurna solatmu.
Dan Baginda memegang tangan ketika mengajar, untuk menguatkan pengajaran dan menjelaskannya di sisi pelajar, dan seperti ini Baginda memerintahkan dengannya dengan sabdanya: "قُلْ" (katakanlah). Dan seperti ini Baginda mengaitkan kesempurnaan solat dengan tasyahhud ini, maka sesiapa yang tidak mendatangkan dengannya, tidak disifatkan solatnya itu dengan kesempurnaan.
Dan kerana tasyahhud ini tersebar dalam kalangan umat dan tersebar luas dalam kalangan sahabat; maka sesungguhnya ianya itu diriwayatkan daripada Abu Bakr al-Siddiq radhiallahu 'anhu, bahawa dia mengajar manusia tasyahhud di atas minbar Rasulullah ﷺ seperti ini, dan tidak dibantah oleh seorang pun dari kalangan sahabat, maka terjadilah ijma'[8].
Hukum selawat selepas tasyahhud akhir bukanlah fardhu dan ia tidak termasuk daripada rukun solat. Al-Sarkhasi (490h) berkata:
Jadi hukum selawat tersebut adalah sunnah mustahabbah. Al-Kasani (587h) berhujah berdasarkan hadith Ibnu Mas'ud dan 'Abdullah bin 'Amru bin al-'As [9]:
Selepas bacaan tasyahhud, sunnah untuk berdoa berdasarkan firman Allah ﷻ:
Al-Kasani (587h) menjelaskan:
Dan juga berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ kepada Ibnu Mas'ud:
Al-Kasani (587h) berkata:
Tidak ada bentuk bacaan khusus selawat ke atas Nabi ﷺ selepas tasyahhud. Al-Kasani berkata:
Dan bagi kami hadith Ka'ab bin 'Ujrah radhiallahu ta'ala 'anhu, dia berkata:
ُيَا رَسُولَ اللَّهِ، عَرَفْنَا السَّلَام عَلَيْكَ فَكَيْفَ الصَّلَاة عَلَيْكَ؟Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui (cara) salam ke atasmu, maka bagaimana (cara)
selawat ke atasmu?
Maka Nabi bersabda:قُولُوا: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kalian katakanlah: Wahai Allah, selawatlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
Jadi Baginda tidak mengajarkan mereka sehinggalah mereka bertanyakan kepada Baginda, dan kalaulah ianya sebhagian daripada rukun-rukun solat, sudah tentu Baginda akan menerangkannya kepada mereka sebelum disoal dan ketika Baginda mengajarkan al-A'rabiy rukun-rukun solat, Baginda tidak menyebutkan selawat ke atasnya. Dan kerana selawat ke atas Nabi ﷺ, maka ianya bukanlah sebahagian daripada rukun-rukun solat seperti selawat ke atas Ibrahim 'alaihissolatu wassalam.[15]
Jadi hukum selawat tersebut adalah sunnah mustahabbah. Al-Kasani (587h) berhujah berdasarkan hadith Ibnu Mas'ud dan 'Abdullah bin 'Amru bin al-'As [9]:
أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ حَكَمَ بِتَمَامِ الصَّلَاةِ عِنْدَ الْقُعُودِ قَدْرَ التَّشَهُّدِ
Bahawa Nabi ﷺ menghukum dengan kesempurnaan solat ketika duduk kadar tasyahhud tanpa syarat selawat ke atas Nabi ﷺ.
Dan diriwayatkan daripada 'Umar dan Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhuma bahawa mereka berdua berkata:
الصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ ﷺ سُنَّةٌ فِي الصَّلَاةِ
Selawat ke atas Nabi ﷺ adalah sunnah dalam solat.
Atas sebab perintah yang mutlak (umum) tidak menghendaki pengulangan, bahkan menghendaki perbuatan satu kali.
Dan al-Karakhi berkata - daripada ashab kami -: Sesungguhnya selawat ke atas Nabi ﷺ adalah fardhu (sekali) seumur hidup seperti haji, dan tidak ada dalam ayat (al-Quran, al-Ahzab: 56) menta'yinkan hal solat.
Selepas bacaan tasyahhud, sunnah untuk berdoa berdasarkan firman Allah ﷻ:
فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ
Maka apabila engkau telah selesai maka bekerja keraslah. (Surah al-Syarh: 7)
Telah datang dalam tafsir: Bahawa makna daripadanya adalah doa pada akhir solat, iaitu bersungguh-sungguhlah untuk berdoa.[10]
Dan juga berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ kepada Ibnu Mas'ud:
إِذَا قُلْتَ هَذَا أَوْ فَعَلْتَ هَذَا، فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُكَ ثُمَّ اخْتَرْ مِنَ الدَّعَوَاتِ مَا شِئْتَ
Apabila engkau telah menyebutkan ini atau telah melakukan ini, maka sesungguhnya telah sempurna solatmu, kemudian pilihlah apa-apa yang engkau inginkan daripada doa-doa.
Al-Kasani (587h) berkata:
Dan telah menyebut al-Thahawi dalam Mukhtasarnya: Bahawasanya selepas tasyahhud, berselawat ke atas Nabi ﷺ, kemudian berdoa dengan hajatnya, dan memohon keampunan bagi dirinya dan kedua ibu bapanya sekiranya mereka berdua orang mukmin, dan bagi orang-orang lelaki yang beriman dan wanita-wanita yang beriman, dan (pandangan) inilah yang sahih, iaitu mendahulukan selawat ke atas Nabi ﷺ sebelum berdoa, untuk menjadikan ia lebih hampir kepada mustajab, berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Nabi ﷺ bahawa Baginda bersabda:
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْحَمْدِ وَالثَّنَاءِ عَلَى اللَّهِ، ثُمَّ بِالصَّلَاةِ عَلَيَّ ثُمَّ بِالدُّعَاءِ
Apabila seseorang dari kalian berdoa, maka hendaklah dia memulakan dengan memuji dan memuliakan Allah, kemudian dengan selawat ke atasku kemudian berdoa.[11]
Tidak ada bentuk bacaan khusus selawat ke atas Nabi ﷺ selepas tasyahhud. Al-Kasani berkata:
Dan selawat ke atas Nabi ﷺ apa-apa yang diketahui yang tersebar luas atas lisan-lisan umat.[12]
Sunnah dalam tasyahhud:
1) Memperlahankannya berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud bahawa dia berkata:
أَرْبَعٌ يُخْفِيهِنَّ الْإِمَامُ
Empat (tempat) yang imam memperlahankannya.
Dan ia (tasyahhud) dikira sebahagian daripadanya. Dan kerana ianya daripada bab pujian, dan asal bagi pujian dan doa adalah memperlahankan.
2) Mengisyarat jari telunjuk. Sebahagian ulama' Mazhab Hanafi tidak mensunnahkannya. Hujahnya, al-Kasani (587h) berkata:
Kerana padanya meninggalkan sunnah tangan iaitu meletakkan (tapak tangan di atas peha).
Sebahagiannya mensunnahkan mengisyaratkan dengan jari telunjuk ketika sampai kepada bacaan أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ, hujahnya al-Kasani (587h) berkata:
Maka sesungguhnya Muhammad (bin Hasan al-Syaibani) berkata dalam kitabnya al-Misbahah: telah menceritakan kepada kami daripada Nabi ﷺ bahawa Baginda mengisyaratkan dengan jarinya, maka dia melakukan seperti apa yang dilakukan Nabi ﷺ dan dia perbuat apa yang Baginda perbuat, dan ianya itu adalah qaul Abu Hanifah dan qaul kami[13].
Ada dua cara menggenggam dan mengisyaratkan jari menurut al-Kasani (587h), dia berkata:
Telah berkata ahli Madinah: Menggenggam lima puluh tiga (genggam semua kecuali jari telunjuk) dan mengisyaratkan dengan jari telunjuk.
Dan telah menyatakan oleh al-Faqih Abu Ja'far al-Handawani: Bahawasanya menggenggam jari kelingking dan jari telunjuk, dan membuat lingkaran jari tengah bersama ibu jari, dan mengisyaratkan dengan jari telunjuk. Dan dia berkata: Sesungguhnya Nabi ﷺ beginilah yang Baginda lakukan. Dan Allah lebih mengetahui[14].
Rujukan:
1) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 532.
2) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 533.
3) Rujuk: Muhammad bin Hassan al-Syaibani, Al-Asl, tahqiq Dr. Muhammad Bawinwakalin, jilid 1, (Beirut: Dar Ibn Hazm, 2012), 10-13.
4) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 64.
5) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 65.
7) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', jilid 1, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 689.
8) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 66-67.
9) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 69-70.
10) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 68.
11) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 69.
12) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 69.
13) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 71.
14) 'Alau al-Din Abu Bakr bin Mas'ud al-Kasani al-Hanafi, Badai' al-Sanai' fi Tartib al-Syarai', tahqiq 'Ali Muhammad Mu'awwadh, jilid 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah, 2003), 71.
15) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 29.

6) Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl al-Sarkhasi, al-Mabsut, jilid 1, (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1989), 25.

No comments:
Post a Comment