Friday, January 20, 2023

Nota Ringkas Pendidikan Islam Tingkatan 2: Allah Maha Pengurnia Hidayah (Pelajaran 1)

Nota Ringkas Pendidikan Islam Tingkatan 2: Allah Maha Pengurnia Hidayah (Pelajaran 1)


Objektif Pembelajaran


Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Membaca ayat 8 Surah Ali Imran dengan betul, lancar serta bertajwid.
2. Menyatakan intisari ayat.
3. Menghafaz ayat 8 Surah Ali Imran dengan betul, lancar serta bertajwid.
4. Mengamalkan bacaan ayat 8 Surah Ali 'Imran dalam solat dan zikir secara beradab dan istiqamah.

Terjemahan ayat 8 Surah Ali ‘Imran 


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا  
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami

بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami

وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً 
dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMu

إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia

Intisari Ayat


1. Umat Islam perlu berdoa agar ditetapkan hati dalam hidayah.
2. Allah meneguhkan hati mukmin dalam keimanan sebagai tanda kasih sayangNya.
3. Allah suka memberi hidayah agar terus berada dalam keimanan.
4. Allah memberi hidayah kepada yang dikehendakiNya kerana hidayah adalah milikNya yang mutlak.
5. Tiada jaminan seseorang itu kekal dalam keimanan kerana dia boleh terkeluar dari landasan iman.



Download Nota Ringkas Pendidikan Islam Tingkatan 2: Allah Maha Pengurnia Hidayah (Pelajaran 1): Klik sini